Qasidah Ya Alimal Haal





 



credit to : http://sufiroad.blogspot.com



DOA PENERANG HATI

Untuk menerangkan hati, doa yang harus dibaca ialah:


Cara 1:
1. Surah al-Fatihah 7 kali
2. Surah al-Insyirah (Alam nashrah hingga habis) 1 kali
3. Doa penerang hati seperti dibawah







Boleh dibaca pada air untuk dijadikan air penerang hati, tetapi harus diingat air hanyalah sebagai medium pengubatan, yang memakbulkan adalah Allah SWT. Air yang boleh digunakan ialah air zam-zam, air jernih biasa yang dibacakan surah Yaasin oleh 40 orang atau lebih, air mineral, air RO, air hujan malam Jumaat, serta lain-lain air mutlak yang jernih dan suci.

Cara 2

Amalan nama - nama Allah atau Asma'ul Husna untuk mendapat hati yang terang, memori yang mantap, fikiran yang cerdas serta cepat memahami tentang perkara dan segala ilmu yang dipelajari :
1.     Ya Hakiim
        Dibaca sebanyak 300 kali selepas solat Subuh dan Maghrib. Lalu berdoa, Insya'Allah akan   dikurniakan kecerdasan.
2.     Ya Ba'ith
         Dibaca sebanyak 100 kali sehari, hati akan menjadi terang dan bersih. Pengamalnya akan memperolehi ilmu dan hikmah (kebijaksanaan).
3.     Ya Mubdi'u
        Dibaca sebanyak 470 kali setiap hari untuk mencapai kejayaan dalam setiap usaha yang dijalankan, fikiran menjadi kreatif, cerdas dan jernih.
4.     Ya Maajid
        Dibaca sebanyak 400 kali setiap hari, akan dikurniakan akal yang cerdas, fikiran yang tajam dan hati yang bersih.
5.     Ya Rashiid
        Dibaca sebanyak 1,000 kali di antara Maghrib dan Isyak. Pengamalnya akan dianugerahkan kepintaran, ketajaman fikiran dan kepandaian.
6.     Ya Rahman
         Dibaca selepas sembahyang Maghrib dan Subuh dengan sebanyak-banyaknya. Pengamalnya akan dihilangkan penyakit lupa, dianugerahkan fikiran yang terang, akal yang kuat dan tidak mudah kelam-kabut.
7.     Ya Muhaimin
         Dibaca selepas solat Isyak akan kuat dalam menghafaz sesuatu dan hilang kelupaannya.


Cara 3

ILMU GENIUS YANG DIAJAR OLEH RASULLULLAH S.A.W.
Pada suatu hari Saidina Ali r.a. mengadu kepada Rasullullah s.a.w. mengenai kelemahannya dalam mengingati sesuatu. Lalu Rasulullah s.a.w. mengajarkan suatu amalan yang sungguh agung. Sekiranya diamalkan dengan tekun dan bersungguh-sungguh, pengamalnya akan memiliki ingatan yang tidak akan lupa perkara-perkara yang telah diingati. Amalan ini dibaca sebanyak 40 kali setiap selesai sembahyang Subuh dan Asar pada setiap hari :
Kemudian Sayyidina Ali menceritakan:
"Setelah itu saya membacanya setiap pagi dan petang dengan tetap dan tekun. Maka Allah mengurniakan kepada saya ingatan yang tidak pernah terlihat oleh mata dan tidak pernah terdengar oleh telinga." Maksudnya beliau dikurniakan dengan ingatan yang sungguh menakjubkan, sehingga beliau mengaku tidak mengetahui adanya sejenis ingatan yang terlalu luar biasa seperti yang dimiliki olehnya. Inilah yang digelarkan 'Ingatan Fotografi'.

Ada lagi amalan-amalan lain yang boleh diamalkan sebagai penerang hati dan mencerdaskan akal contohnya


1. Membaca surah al-Insyirah 11 kali selepas solat Subuh
2. Membaca surah al-Anbiya ayat 79  sebelum matahari terbit sebanyak 10 kali
3. Membaca Bismillah enam. Khasiat Bismillah enam dapat menyinarkan hati dan mencerahkan akal.


Pilih salah satu amalan dan lakukan secara istiqamah...Insyaallah kita akan dapat merasakan keberkesanannya.  




CREDIT TO : http://www.melurhasanah.com



cara mudah cari muka surat dalam Al-Quran

 
Mari Kita Cuba....!
Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al-Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)
Tip yg nk dkongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.
Jom sama2 kita belajar...
Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?
Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182
Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442
Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...
Dipanjangkan info ini..moga dipanjangkan pahala bagi yg menulisnya...Amiin.
 
kredit to  :  http://nuursyifa.blogspot.com/



 
powered by Blogger | For Blogservices