Doa Pembuka Amalan - Kafiat Pembuka Amalan



ayat dan keterangan dibawah diambil dari :
http://darulsaka.blogspot.com/2009/08/doa-pembuka-amalan.html
(tiada kandungan yang diubah)

Suatu amalan yang diamalkan sebelum melakukan apa-apa amalan khusus. Oleh kerana tahap kita dewasa ini ramai yang berada didalam lingkungan Makam MUBTADI maka dengan Kasih Sayang Allah telah diajarkan Pembuka Amalan agar amalan yang sedikit menjadi banyak pahala dan khasiatnya kepada Aulia2...

Namun haruslah diingat apa-apa hal pun mereka yang didalam makam Mubtadi memang mengharap akan kurniaan Allah yang banyak...Maka amat sesuai diamalkan amalan pembuka Amalan..Selalulah beramal dan berdoa semuga Ikhlas menerjah pintu hati kita dalam mendaki 7 martabat nafsu yang setiap martabat ada 70,000 hijabnya bermula dari makam Amarah hinggalah Kamil Mukamil...Tiadalah lain tujuan kita hanya untuk mengenal Allah Sebenar kenal...Sedangkan Allah s.w.t tidak bergantung kepada Amal kita yang banyak dalam mengenalkan diriNYA...Maha suci Allah dari segala kebergantungan kepada makhluk. Sesungguhnya kita mengenal Allah melalui Allah jua...maka semuga dengan rahmatNYA bebaslah kita dari segala Syirik.

Doa Pembuka amalan bergantung kepada Guru...Apa yang diturunkan kepada DEN ialah Doa Pembuka Amalan Tarikat Ahmadiah yang bersanad kepada Tuan Guru Haji Anuar Wahab kepada Syeikh Ramli Pendang ( Kedah ) kepada Syeikh Abdul Rahman dan seterusnya Syeikh Dandarawiah seterusnya Syeikh Ahmad Idris. Hampir sama dengan Tarikat Ahmadiah yang dipelopori di Sebelah Negeri Sembilan dan Bukit Abal dan Rembau cuma bezanya diakhiri dengan selawat terhadap Muhammad Awal dan Akhir. Den diijazahkan semasa DEN tingkatan Tiga...Walaupun dinamakan Doa Pembuka Amalan...namun bukan terus diijazahkan sebelum melalui beberapa amalan lain termasuk Tasbih Ahmadiah dan Juga Zikir Ya Latif...Ini kerana kebesaran Doa itu sendiri melihat dari segi makna dan maksud...

Doa Pembuka amalan jika disambung pada tempat tertentu dengan ayatul Qursi maka di Gelar oleh Imam Al-Ghazali sebagai sebesar-besar Kota...( Kota Qursi ) lebih jauh mantap dari pagar yang digelar Garis Laksamana...

Mengambilnya haruslah secara talaqi....Semasa Mursyid DEN masih hidup lagi pun DEN sudah dibenarkan menurunkannya...maka setelah pemergian Mursyid DEN ke hadrat Ilahi..rasanya harus DEN menyebarkannya ke serata pelusuk untuk mereka yang layak...FOC.....Selama DEN belajar tidak pernah Sifu DEN letak mahar ke hapa jadi amat tidak wajar kalau DEN meletak sebarang harga...

Doa Pembuka Amalan yang di ijazahkan pada DEN tidak semestinya mengambil tarikat Ahmadiah sebagaimana firkah Ahmadiah yang lain....Maka tiada DEN isyaratkan mesti menjadi Ahli tarikat...kerana pada DEN...Islam itu sendiri Tarikat. Cuma mana2 yang sudah mengambil ijazah dari DEN sebelum ni....Jagalah baik2..dan jangan menjualnya untuk keuntungan dunia yang sedikit, Suatu pesan ; sesudah kita mengamalkannya dalam 7 tahun...maka bolehlah kita turunkan pada sesiapa yang kita fikirkan layak dan menjaga haqnya ...Hek eleh...macam dah dapat Notis Kematian le pulok...( kalau tak mati lagi maybe DEN sentuh sedikit suatu ilmu yang bernama NOTIS KEMATIAN )



6 Response to "Doa Pembuka Amalan - Kafiat Pembuka Amalan"

Unknown said...

Salam izinkan mengamalankan nya

Unknown said...

Salam izinkan mengamalankan nya

Anonymous said...

Mohon izin Amal dunia & Akhirat... Qobiltu Qobiltu Qobiltu

Muhamad nizam said...

Mohon izin amal... qobiltu tuan..

Unknown said...

Qobiltu

shahmadkasim said...

Salam mohon izin mengamalkannya.Terima-kasih

Leave a Reply

 
powered by Blogger | For Blogservices